Tuesday, March 5, 2019

Discover Lawas - Siaran | Facebook

title

LELAKI MAUT DAN REMAJA CEDERA PARAH KEMALANGAN JALAN RAYA MALAM TAHUN BARU CINA.

Seorang lelaki tempatan maut dan seorang lagi remaja perempuan cedera parah setelah terbabit dalam satu#DL kemalangan jalan raya di Lawas, lewat malam tadi.

Lelaki yang maut dikenali sebagai Luis Jabli dari#DL Kampung Tang Itong, Lawas.

...

Dalam kemalangan yang berlaku kira-kira jam 12.10 malam tadi di Kampung Batu Mulong, Jalan Lawas Damit,#DL mangsa, menunggang motosikal jenis Yamaha 100 Sport tercampak ke tepi jalan sebelah kanan dan maut di tempat kejadian.

Manakala remaja berusia 17 tahun, Frences Cherell Feluk, penuntut sebuah sekolah menengah di Lawas mengalami#DL kecederaan parah pada bahagian kaki sebelah kanan.

Ketua Polis Daerah Lawas Deputi Superitendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata hasil siastan awal polis di tempat kejadian mendapati#DL kemalangan berpunca daripada kecuaian seorang lelaki berusia 27 tahun yang gagal mengawal kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya.

"Pemandu pacuan empat roda yang datang dari arah Kampung Long Sebangan menuju ke#DL Jalan Lawas Damit telah gagal mengawal kenderaan yang dipandunya lalu memasuki ke laluan bertentangan" katanya ketika dihubungi.

Menurut DSP Abang Zainal Abidin, kenderaan pacuan empat roda terbabit kemudiannya melanggar motosikal#DL yang ditunggang Luis yang ketika itu datang dari arah Jalan Lawas Damit.

"Sebaik melanggar motosikal berkenaan, kenderaan yang sama terbabas ke sebelah kanan jalan dan melanggar#DL pula seorang remaja perempuan yang kebetulan sedang berada di hentian bas berhampiran."

Remaja perempuan dari Kampung Batu Mulong terbabit kemudiannya#DL dihantar ke Hospital Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.

Manakala pemandu pacuan empat roda dari Kampung Long Segaman, Lawas dibebaskan petang tadi dengan jaminan polis setelah diambil keterangannya untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 112 Akta Pengangkutan Jalan 1987.#DL

Lihat Lagi

sbobet

No comments:

Post a Comment